Wang simpanan RM40,000 hangus
Saya baca satu helaian surat khabar.
Boleh rujuk di sini.
Rumah terbakar dan wang simpanan RM40,000 hangus.
Begitu sedihnya apabila kejadian begini berlaku. Susah payah kita kumpul duit akhirnya ia pergi begitu sahaja.
Penyesalan dan rasa kehilangan itu menyengat masuk ke kalbu. Dan mulut terkunci bagaikan peti yang perlu dibuka.
Apabila kejadian begini berlaku, saya baca supaya jadi pedoman dan belajar dari kesilapan simpan duit.
Jangan simpan duit kertas di rumah. Mudah akses dan tidak kalis dari bahaya.
Sebaiknya simpan di tempat yang kukuh dan tahan lama. Simpan di bank pun okay. Cuma tiada nilai tambahan jika simpan bertahun-tahun lama.
Simpan di ASB atau tabung haji ada dapat dividen 5-7% setiap tahun.
Namun, sebagai penyimpan emas, saya akan simpan duit kepada emas. Jika dalam bentuk fizikal dan apabila terbakar sekalipun, ia dalam bentuk cair dan tetap bernilai.
Simpan Emas boleh juga simpan dalam akaun GAP, tidak perlu keluarkan dalam bentuk fizikal. Kita boleh simpan lama-lama pun tiada masalah.
Dan sudah tentu nilai emas akan mencanak naik setiap tahun. Berdasarkan kenaikan selama 20 tahun ini, purata kenaikan setiap tahun ialah 10%.
Dan pada bulan Januari 2025, sekitar RM400++, dan kini pada bulan Januari 2026 sudah meningkat sehingga RM650++.
Jelas lagi bersuluh betapa menyimpan emas lagi untung.
Inilah simpanan yang paling kukuh.
Untuk bina simpanan begini, boleh daftar di public GOLD.
>> Klik sini
Saufi 'Simpan Emas' Yang Kukuh