Cerita Emas

Archives
December 10, 2025

Usaha Mati-Mati, Tapi Kosong

Saya teringat semasa saya makan dengan kawan sekerja.

===

Dia akan bertanya khabar tentang perihal diri.

Kali ini saya ada cerita berkenaan saya mula serius mahu jadi dealer Public Gold.

Saya sudah lama jadi dealer kalau ikutkan pakej yang telah saya beli sebelum ini.

Cumanya tiada hajat lagi mahu promosi kepada rakan-rakan dan orang sekeliling kebaikan menyimpan emas. Simpan untuk simpanan sendiri.

Memandangkan saya mahu cari side income, jadi inilah peluang untuk saya ceburi.

Saya ajak juga dia daftar sebagai penyimpan emas. Tapi, belum ready lagi.

===

Sebagai seorang Dealer ataupun sesiapa yang mahu buat bisnes atau yang mahu cari side income.

Belum tentu kita akan dapat hasil yang baik. Walaupun begitu, kita gigih dan terus buat.

Itu mindset pejuang yang kita mahu tanamkan.

Dan, saya bukan seorang yang mahir dalam penjualan. Tapi saya mahu mula serius untuk jana pendapatan sampingan.

Buat sahaja. Dalam apa-apa perkara yang kita buat, mesti percaya dan ambil risiko.

Belum tentu saya berjaya. Belum tentu kesudahannya baik. Belum tentu saya dapat result yang memuaskan.

Satu kata dari seorang usahawan "Bisnes adalah yang kita usaha mati-mati dan boleh dapat 0 result".

Perlu mentaliti yang kuat untuk mulakan bisnes ini.

Ku pujuk diri tidak apa. Apa-apa pun kita fokus untuk bantu orang untuk kenal emas dah kelebihan-kelebihan menyimpan emas. Kita sendiri pun tambah ilmu dan lagi semangat untuk simpan emas.

ASAL SIMPAN. TETAP UNTUNG.

Itu yang saya simpan dalam diri. Tiada yang rugi kalau sebagai penyimpan emas.

Kalau sesiapa yang faham inflasi, maka dia tidak perlu sembang lama.

Dia yang yakin dan terus buat pembelian ketika ada duit lebih sikit.

Tidak payah tunggu lama-lama.

Kita boleh mula dengan RM100 sahaja.

Jadi, saya ajak diri dan anda semua untuk menyimpan emas.

Bagi yang belum daftar, KlIK SINI.

Saufi.

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.