Tiada Yang Pasti
Apakah yang akan jadi pada diriku ini?
Adakah ini yang saya mahu capai?
Adakah saya sudah bersiap sedia menghadapi kematian?
Adakah saya mampu menyara diri dan keluarga di masa depan?
Begitulah kehidupan, ada persoalan yang terlintas di kepala.
Banyak kita fikir, tapi tiada jawapan yang pasti.
Semua orang tidak pasti akan kehidupan di masa akan datang.
Yang pasti kita makin tua kalau panjang umur.
===
Saya dan anda tidak terlepas dalam menjalani kehidupan yang sukar. Kalau anda dapat kehidupan yang tenang dan damai. Syukur Alhamduilliah. Semoga kita semua dapat limpahan rahmat dari-Nya.
Kita renung diri kita. “Adakah persiapan untuk hadapi masa akan datang?”
Berat soalan ini.
Di sini saya bagitau pasal emas.
Emas merupakan simpanan untuk jangka masa yang panjang.
Nilai emas sentiasa tidak menentu, kadangkala naik dan kadangkala turun. Namun, yang pasti, ia menunjukkan peningkatan secara konsisten setiap tahun.
Jadi tiada rugi bila kita simpan emas. Sentiasa rasa untung.
Jangan terlalu tengok pada nilai semasa, asyik kejar-kejar yang murah. Cara ini boleh dilakukan,
Tapi lebih baik jika kita fokus untuk menyimpan melebihi tempoh 2 tahun.
Terdapat satu kisah benar tentang seorang penyimpan emas:
Beliau menyimpan emas selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, beliau menjual emas simpanannya untuk digunakan sebagai deposit bagi pembelian kereta.
Hasilnya, beliau berjaya menjimatkan ribuan ringgit—satu jumlah yang besar berbanding jika beliau menyimpan wang di bank biasa.
Kalau simpan di bank, maka nilainya tetap sama selepas 2 tahun. Jadi tidak sama dengan menyimpan emas.
Jika anda masih ragu-ragu, sila ajukan soalan anda. Saya akan cuba bantu sedaya upaya.
Yang sudah sedia simpan emas, mari mulakan simpanan emas anda hari ini.
Saufi