Cerita Emas

Archives
January 6, 2026

Tak perlu stabil untuk mula simpan

Mula-mula, saya menyimpan emas dengan cara membaya ansuran.Cara ini lebih mudah dan praktikal bagi saya. Saya kira-kira berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan, kemudian barulah saya buat bayaran untuk membeli satu dinar atau lebih.

Saya suka simpan Emas fizikal. Lagi mudah dan nampak emas yang kita beli. Nampak cantik dan menawan.

Tapi, bukan setiap masa saya dapat buat cara begini. Ada sahaja bulan yang kita perlukan duit untuk keperluan dan kecemasan lain.

Antara tip yang pernah saya amalkan ialah memastikan simpanan bersamaan enam bulan kos sara hidup, sama ada dalam bentuk tunai atau di bank. Selepas itu barulah saya mula menyimpan dengan lebih serius. Ini sebenarnya satu tip yang sangat baik.

Tapi, saya rasa ini sesuai untuk orang yang mahu simpan fizikal emas. Sebab emas fizikal, lagi sayang mahu dijual. Hanya guna untuk keperluan mendesak saja.

Apabila bertukar kerja dan ada komitmen lain, macam makin sukar mengikut tip ini. Jadi saya tidak rasa tip ini boleh pakai terus. Kalau amal begini, lama-lama saya sendiri tidak jadi simpan emas tiap bulan.

Jadi saya tidak mahu bagi alasan dan alasan ini juga sering didengar oleh ramai orang, iaitu:

"Bila dah stabil, barulah mula simpan"

Benda ini tipikal bagi saya sebagai rakyat biasa. Saya pun fikir begitu.

Tapi saya tahu cuaca bukan sentiasa reda. Ada hujan dan ada petir dalam hidup. Jadi usaha mau simpan pun jadi tergendala.

Kalau kita tunggu stabil. Maka apabila tahun berlalu, kerja bertukar, komitmen bertambah, maka simpanan pun tidak bertambah, malah ia semakin berkurang.

Satu perkara yang penting yang saya belajar ialah

Orang yang tunggu stabil untuk menyimpan, biasanya takkan pernah rasa stabil.

Dan syukur saya belajar cara mudah menyimpan emas. Tidak kira apa-apa pun. Saya kena terus menyimpan. Bole mula dengan simpan sikit dahulu, tak payah tunggu cukup duit. Tak payah tunggu stabil.

Caranya, setiap bulan kita boleh mula dengan rm100 sahaja dahulu.

Dari sini, kita bina displin untuk kekalkan simpananan peti kebal kita.

Dari sini, kita bina disiplin untuk hidup jadi lebih tenang.

Dari sini, barulah ada rasa kestabilan dalam kewangan kita.

Untuk anda yang mahu rasa kestabilan dalam kewangan,

Boleh mula menyimpan emas

Menuju Ketenangan Hidup,

Saufi Afdol

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.