Tahun Baru tidak lama lagi
Kini kita sudah berada di hujung bulan Disember, setahun sudah berlalu.
Dalam sedar tidak sedar, masa berlalu begitu sahaja.
Saya fikir balik apa yang kita dah buat tahun ini. Adakah sesuatu yang yang buat saya gembira, adakah tercapai apa yang dihajat atau tidak? Saya merenung kembali perjalanan hidup ini.
Sekarang, mahu masuk tahun baru dalam beberapa hari lagi ni. Tahun 2026 bakal muncul.
Boleh lah kita fikir sejenak dan tengok diri kita adakah kita sudah rancang untuk tahun depan. Belanja kanak-kanak, ada yang masuk sekolah, bayar kereta, bayar rumah, bayar pengasuh, rancang plan cuti dan macam-macam lagi.
Rupanya, panjang pula senarai mahu guna duit.
Tidak lupa juga, kita mahu rancang untuk pencen kita. Sedar tak sedar, diri makin lanjut usia.
Maka rancanglah untuk bina peti kebal. Peti yang boleh guna masa kita tiada sumber pendapatan. Peti yang boleh hati ini tenang dan riang.
Anda boleh mula dengan simpan rm100, kalau cukup bajet, simpan rm200. Dan yang paling penting ialah konsisten menyimpan. Konsisten untuk bina peti kebal.
Bak kata pepatah “Kecil-kecil lama-lama jadi bukit.”
Itu dah memadai untuk kita capai simpanan yang kebal.
Kalau simpan duit, boleh. Tapi nilainya makin lama makin nipis. Baik simpan emas, kita sudah tahu Nilai ini tidak akan luput dan sentiasa meningkat tahun demi tahun.
Jadi, inilah cara yang paling bijak dan sesuai untuk kita bina peti simpanan yang kebal.
Mari azam sungguh-sungguh. Kita buat keputusan untuk simpan emas.
Klik sini untuk Mulakan simpanan emas.
Saufi Afdol