Cerita Emas

Archives
December 12, 2025

Syukur Jumpa Orang Yang Tepat

Semalam, semasa saya sedang memandu kereta untuk balik ke rumah.

Tiba-tiba enjin kereta mati. Di tengah jalan raya tuu..

.. Saya cuba hidupkan semula dengan putarkan kunci kereta (bukan push button) berkali-kali, tapi tidak berjaya.

Nampak gaya seperti ada masalah bateri. Saya dengar ada bunyi ketik tapi tidak dapat hidup enjin.

Sebelum ini ada masalah starter, part ini sudah tukar. Jadi tidak suspek akan berlaku masalah starter, suspek bateri yang bermasalah. Lagipun dah hampir 3 tahun, ketika tukar starter, pomen sudah check, bateri masih okay.

Tiba-tiba, ada pemuda yang lalu di kawasan situ. Dia tolong tolak kereta ke tepi jalan raya supaya kereta tidak mengganggu laluan.

Dia juga seorang mekanik yang bekerja di bengkel berhampiran kawasan itu. Syukur Alhamdulillah, jumpa orang yang tepat.

Setelah jelaskan masalah kereta. Memang bateri. Dia bergegas ambil bateri dan cuba hidupkan enjin.

Vrooom.. vrooom. (tidak sama bunyi)..Enjin kereta dapat hidup.

Syukur, ada penyelamat datang di masa kecemasan. Dipermudahkan urusanku. Alhamdulillah.

Beginilah kehidupan, kejadian ini berlaku secara tiba-tiba, tidak dijangkakan.

Kecemasan tidak dijemput. Ia datang tanpa memberi salam.

Jadi pengajaran bagiku untuk ambil langkah berjaga-jaga.

Dan jika kita ditimpa apa-apa kecemasan sekali pun, boleh jadi kita perlukan kewangan untuk selesaikan isu tersebut.

Saya juga perlu ready beli bateri baru ini. Ada signal sudah.

Kalau hadapi masalah yang berat, di mana kita mahu korek duit. Boleh pinjam duit dari orang..

Tapi saya belajar untuk simpan emas sebagai penyelamat ketika kecemasan.

Emas bukan sahaja untuk kita jadikan sebagai pembiayaan rumah, kereta dan pendidikan. Malah ia membantu kita ketika kita sulit.

Jangan tunggu lama.

Mari mulakan simpanan emas anda sekarang.

Mari Daftar Sini.

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.