Small win in life
Saya pandang satu buku yang berada di meja komputer. Saya pegang dan belek buku tersebut.
Buku ini terdapat 20 lebih stick note pad yang dilekat di tepi helaian muka surat.
Dan saya rujuk semula bila saya tamat membaca buku ini - 6/11/2021.
Saya belek buku dan baca beberap muka surat. Mengambit pengajaran yang terdapat dari kisah yang dipaparkan.
Buku ini jadikan peringatan betapa gigih saya membaca. Kita biasa membaca dengan beberapa muka surat hari-hari. Dan lama-lama ia akan habis baca selagi mana kita konsisten membaca.
Dengan membaca menjadikan kita lebih berpengetahuan. Dengan membaca kita capai sesuatu kepuasan. Dengan membaca menjadikan hidup kita lebih bererti.
Tabiat ini yang menyebabkan kita capai small win in life.
Tiada keburukan daripada tabiat membaca.
Selain itu, dengan membaca, saya belajar kelebihan menyimpan emas dan keburukan menyimpan duit.
Dari situ, barulah saya yakin dan percaya untuk menyimpan emas.
Menyimpan emas tidaklah susah. Ia mudah seperti membeli di Shopee. Ramai yang salah faham sebab risau kerana nilai emas ini sangat lumayan.
Sebenarnya kalau anda tahu membeli online, anda sudah boleh menyimpan emas. Kalau tidak biasa membeli online, masih ada cara simpan emas.
Dari kita sahaja, mahu atau tidak. Mahu konsisten atau tidak.
Saya sarankan supaya kita mula dengan RM100 dahulu atau beli 1 dinar bayar EPP (ansuran) selama 10 bulan.
Kita buat dengan langkah kecil yang kita mampu.
Jika sudah mula simpan, barulah kita sedar kita sudah buat keputusan yang bermakna. Kita capai small win in life.
Kepada yang sedia dan mahu konsisten menyimpan emas.
Saufi Afdol