Simpan lama-lama, makin lama makin susut
Emas ialah perisai sakti. Emas ini Super. Emas ini kuasa sakti melawan kejahatan inflasi.
Dengan inflasi, duit yang anda sekarang akan surut nilainya. Dengan emas, anda telah selamatkan diri dan keluarga daripada memiliki wang yang lembik dan tidak gah. Wang itu seperti orang yang mana makin lama makin tua dan makin lemah. Wang makin lemah. Ia tidak mampu bertahan kuat dengan arus perederan masa.
Emas sahaja yang mampu bertahan lama. Dulu 1400 tahun dahulu, dengan 1 dinar kita boleh beli seekor kambing. Dan sekarang dengan 1 dinar yang sama masih boleh beli seekor kambing.
Dengan jelas terang lagi bersuluh, nilai emas kekal berpanjangan. ia sentiasa awet muda. Masih boleh diguna dan relevan untuk zaman sekarang.
Walaupun dibakar, dipijak, dicair, direndam - ia tetap masih bernilai.
Bebeza dengan wang kertas yang kita pegang sekarang, sekali bakar, hangus. Hilang nilainya sekelip mata.
Hanya asap sahaja. Kasi koyak sikit pun, ada yang tidak mahu sudah. Nilai wang makin diragui.
Jap-jap ada yang cakap lagi selamat di bank. Iya betul, masih simpan di bank. Ia tidak boleh dibakar dan dikoyakkan.
Tapi tetap nilainya akan rendah. Simpan lama-lama tiada guna. Simpan lama-lama, nilainya tetap susut.
Cuba simpan rm2500 dalam bank pada tahun ini. Ini wang yang cukup untuk beli seekor kambing.
Kalau simpan di bank dalam 10 tahun, tetap masih rm2500, tapi bolehkah beli seekor kambing lagi?
Cuba fikir-fikirkan lah.
Saya mengajak anda sekalian untuk fikir kebaikan diri, kebaikan untuk simpanan mana yang lebih baik untuk diri dan keluarga.
Untuk anda yang mahu bentuk simpanan yang kekal kukuh
Saufi Afdol