Sedar mana yang utama, tapi malar nantilah
Kadang-kadang sebab benda yang kecil, kita jadi lambat.
Begini ceritanya. Ketika hari bekerja, saya niat keluar rumah awal. Tapi, semasa itu saya sedang giat membaca.
Asal membaca cerita yang menarik, saya mahu kasi habis baca. Sedangkan waktu itu saya sedar saya makin lewat.
"Satu muka surat lagi" kata saya.
Satu jadi 2 - 3 muka surat.
Akhirnya, keluar lewat sikit dan lambat pula masuk kerja. Tidak la lewat sangat, tapi masih dikira lewat. Akibatnya, ada potongan gaji sedikit.
Saya sedar tapi saya sendiri gagal untuk bertindak lebih awal.
Gagal utamakan perkara yang penting. Sedangkan sendiri tahu sepatutnya harus tiba lebih awal ke tempat kerja.
Hatta, dalam hidup, kita harus dahulukan yang utama. Bukan melayan perkara yang kecil, remeh dan tiada manfaat.
Gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya dan berusahalah menjadi lebih produktif. Kehidupan penuh pancaroba, hadapilah dengan gigih dan terus berjalan melawan arus cabaran.
Tulisan ini untuk muhasabah diri. Memberi peringatan untuk diri saya sendiri.
Dan bagi sesiapa yang sedar bahawa emas lagi bermanfaat dari duit dan mahu utamakan menyimpan emas daripada menyimpan duit.
Boleh mula menyimpan emas. jangan asyik melayan nantilah.
Saufi Afdol