Cerita Emas

Archives
December 16, 2025

Saya tiada wang lebih mahu simpan duit.

Semasa saya seorang pelajar sekolah menengah, betapa saya selalu fikir mahu buat duit.

Dari sekolah lagi saya cari peluang yang boleh buat duit.

Search “how to make money” di internet.

Dan terdedahlah dengan pelbagai cara buat duit. Saya teringat lagi saya pinjam RM50 untuk beli panduan ebook. Buat CDM transfer ke akaun. Masi belajar lagi, tiada akaun bank lagi.

Nostagia juga kenang cerita itu.

Semasa kecil lagi, entah macam mana saya tahu dan sedar bahawa keperluan untuk buat simpanan walaupun sedikit. Yang penting konsisten.

Ketika masuk ke dunia perkerjaan, saya sudah mula simpan duit. Syukur saya tidak banyak belanja. Ada lah simpanan di bank.

Dan saya bersyukur sangat sebab kenal dengan simpanan emas.

Saya mula beli emas pada tahun 2020. Dan ketika itu harga 1 dinar baru rm1200. Sekarang sudah capai RM2500++

Ada 2 teknik yang saya pakai.

  1. Simpan beberapa ratus setiap bulan, selang satu tempoh baru beli 1 dinar.

    Atau

  2. Bayar EPP (6 atau 10 bulan) - bayar secara ansuran. Ini lagi bagus. Kita lock harga murah awal-awal. Walaupun naik harga dalam 10 bulan, pembayaran tetap tidak berubah.

Sekarang lagi mudah, ada akaun GAP. Hanya serendah RM100 (akaun kanak-kanak - serendah RM50) dah boleh mula simpan emas.

Dan apabila cukup 1 gram boleh keluarkan emas fizikal. Mahu simpan lama-lama di situ pun boleh.

Sekarang makin mudah kita simpan emas.

Dengan cara begini, kita boleh mula simpan emas untuk diri kita ataupun untuk anak-anak dari sekarang.

Kalau begitu, apa tunggu lagi. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Klik Sini untuk Simpan Emas

Saufi

p/s: Sesiapa ada soalan boleh reply emel, saya akan baca dan bimbing anda sebaiknya.

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.