Saya tak pernah paksa orang simpan emas
Saya tak pernah paksa orang simpan emas.
Malah, saya selalu pesan "Jangan simpan kalau belum ada dana kecemasan".
Kenapa?
Sebab dana kecemasan itu boleh kita gunakan apabila kita perlu duit. Kadang-kadang kita perlu guna duit segera, ada waktu kita perlu bayar kecemasan - boleh jadi tiba-tiba kereta rosak, dan perlu beli parts kereta.
Saya percaya kita perlu ada duit di tangan kita (tunai ataupun di bank) yang boleh kita guna pada bila-bila masa. Supaya kita sendiri tidak mudah usik simpanan emas.
Simpanan emas hanya keluarkan ketika betul-betul mendesak. Dan pajak atau jual ketika sudah sampai masanya untuk bayar deposit kereta, atau deposit beli tanah / rumah.
Sebagai penyimpan emas - kita tak perlukan tekanan, tapi perlukan kefahaman. Barulah kita sedar sendiri simpan emas adalah lebih untung berbanding simpan di tempat lain.
Nilai emas naik 10%++ tiap tahun. Jadi yang faham, mereka tahu bahawa simpan emas adalah simpanan yang paling UNTUNG.
Saya percaya, kalau seseorang faham kenapa dia menyimpan emas, dia akan terus menyimpan emas. Dan bila konsisten, barulah simpanan itu bermakna.
Kalau anda sudah sedia boleh lah mula simpan emas.
Saufi Afdol
p/s: Kalau anda soalan dan ragu-ragu boleh reply emel ini.