Cerita Emas

Archives
January 14, 2026

Saya Santai Walaupun Tiada Gaji

Rasa tenang itu syok.

Ramai yang bertungkus lumus mencari gaji BESAR sebab mahu dapat ini itu, tapi..

Apabila dapat gaji BESAR, ada yang tidak jadi tenang sebab kerja yang menyempitkan jiwa pula.

Ada yang sanggup gaji rendah sikit, yang penting tidak terlampau STRUGGLE dan PRESSURE dari dunia pekerjaan.

Apa-apa pun, setiap orang memilki cara untuk menjalani kehidupan.

Dan untut dapatkan tenang, ada yang kerap bercuti.

Ada yang membeli jiwa anak-anak dengan hadiah.

Sekali anak-anak gembira, ibu bapa pun turut gembira.

Saya rasa hidup kita akan jadi lebih tenang apabila kita tidak runsing pasal duit.

Bukan bermaksud kita tidak perlu duit ya.

Buat cukup duit sampai mana kita tidak sempit pasal kurang duit.

Dan yang paling penting ada keberkatan dalam usaha mencari duit.

===

Tahun 2022, saya diberhentikan kerja kerana syarikat downsizing, jadi ramai yang tidak dapat disambungkan kontrak kerja.

Syukur, saya disambungkan sehingga 2 tahun. Ada yang hanya 6 bulan atau 1 tahun sahaja.

Apabila masuk bulan baru tanpa gaji, saya masih santai dan tenang.

Saya tidak rasa ada sesak sebab tiada gaji.

Perasaan ini datang sebab saya ada simpanan emas dan simpanan duit.

Dengan adanya simpanan, saya masih boleh hidup dengan tenang.

Nasihat pasal kewangan yang saya amalkan ialah:

Simpan perbelanjaan sara hidup untuk 6 bulan

Jadi tidak perlu rungsing apabila tiba-tiba jadi penganggur.

Bagi anda yang mahu tenang apabila tiada kerja.

Marilah menyimpan emas.

Saufi Afdol

p/s: Apabila jadi pengganggur, kita tetap berusaha untuk cari sumber pendapatan. Mesej di atas agar kita tidak terlalu hura hara dan stress apabila tiba-tiba diberhentikan kerja. Apa-apa pun sebagai insan yang bertanggungjawab, perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan, sama ada bekerja tetap, bekerja sampingan atau berniaga.

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.