Cerita Emas

Archives
January 4, 2026

Saya dah cuba semua… tapi simpanan kahwin tetap tak cukup

Disember lepas, saya perasan satu perkara.

Ramai yang ke majlis kahwin.
Ramai juga yang sengaja pilih hujung tahun, waktu cuti, untuk buat majlis.

Masuk tahun baru, umur pun makin bertambah.
Dan ada segelintir yang mula berfikir,
“Kalau bukan tahun ini, mungkin tahun depan.”

Ada yang sudah ada calon.
Ada juga yang sekadar ada azam — belum tahu dengan siapa.

Bagi saya, kalau belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat,
inilah masa yang sesuai untuk mula menyimpan.
Bukan tunggu ada pasangan.
Bukan tunggu tarikh.

Sekurang-kurangnya, bila calon sudah ada,
kita tak bermula dari kosong untuk kumpul wang hantaran.

Masalahnya, kebanyakan orang memang sudah cuba semua.

Simpan duit dalam bank.
Buat bajet bulanan.
Berazam setiap bulan asingkan satu jumlah khas untuk kahwin.

Namun, ramai yang akhirnya gagal.
Bukan sebab gagal merancang.

Tapi sebab simpanan terlalu mudah diganggu.
Ada yang dipinjam, ada yang digunakan untuk kecemasan,
ada yang perlu dibeli, ada juga untuk menunaikan kemahuan sendiri.

Saya mula sedar, kadang masalahnya bukan jumlah simpanan —
tetapi cara simpanan.
Simpanan dalam dompet mudah dibelanja.
Simpanan dalam bank mudah diakses dan online transfer pun senang.
Memang sukar nak elak daripada godaan membeli.

Sebab itu, bagi sesetengah orang, simpanan emas bukan soal cepat kaya.
Ia bantu tukar bentuk simpanan menjadi lebih “kebal” daripada dibelanja.
Ia juga bantu buat persediaan awal, konsisten, dan disiplin.

Kalau anda juga berada di fasa
“Aku dah cuba semua… tapi masih belum menjadi”,
mungkin sudah tiba masa untuk lihat semula
bukan berapa yang disimpan, tetapi bagaimana ia disimpan.

Jika anda mahu mulakan simpanan emas dengan cara yang mudah, selamat, dan konsisten, boleh mula dari sini:

Klik untuk mula simpanan

Saufi Afdol

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.