Satu nasihat kecil yang beri Impak Besar kepada saya
Beberapa tahun lepas, saya sudah ada simpanan emas. Dan saya perlukan satu jumlah wang untuk satu keperluan. Jadi saya pun pergi ke ar-Rahnu untuk pajak emas.
Ingat, untuk pajak gadai emas, kita harus tebus emas dalam 6 -18 bulan dan kena bayar nilai emas yang diambil berserta upah.
Namun begitu, saya tidak dapat tebus dalam waktu 6 bulan, dan saya pun tidak membayar upah simpanan tersebut.
Ini SILAP YANG BESAR. Saya biarkan emas itu dilelong.
Satu nasihat yang patut saya tahu sebelum buat keputusan sama ada mahu jual atau pajak gadai. Simple sahaja, tapi saya tidak ambil berat. Ini silap saya.
"Jika kita boleh tebus emas dalam 6-bulan atau 1 tahun, maka kita pajak gadai sahaja, jika tidak mampu, maka JUAL emas itu".
Ini nasihat yang lambat saya tahu. Dan saya tidak ada strategi awal-awal untuk tebus emas tersebut.
Dan untuk pajak, kita boleh juga tangguh sehingga 2 tahun atau lebih, cuma syaratnya kena bayar upah. Syarat ini boleh rujuk dengan kedai ar-rahnu.
Apabila emas sudah dilelong dan harga emas melonjak naik, menjadi tamparan besar kepada saya, dan inilah SATU pengajaran masih kurangnya ilmu pasal emas.
Ungkapan untuk penyiman emas:
"Bukan emas yang mengkayakan kita, tapi ilmu emas"
Untuk anda yang ingin menyimpan emas:
Saufi Afdol