Rasa rugi pula. Tidak apa, move on
Lambat-laun saya pun simpan emas. Sebabkan masih bujang dan tidak banyak belanja, jadi apa salahnya saya simpan emas.
Saya mula menyimpan emas pada tahun 2020. Semasa itu harga 1 dinar baru sahaja rm1100++.
Saya tidak berapa mahir bab penyimpanan. Ada yang sokong ASB, ada yang rekomen Tabung Haji dan lain-lain lagi.
Tapi saya tiada kehendak kuat untuk menyimpan emas. Masih simpan di bank sahaja.
Seorang ustaz ini galakkan untuk menyimpan emas. Saya sekadar baca saja dulu.
Lambat-laun saya pun simpan emas. Sebabkan masih bujang dan tidak banyak belanja, jadi apa salahnya saya simpan emas. Dan saya tahu ia akan untung berlipat kali ganda makin lama kita simpan.
Tapi di sini saya tidak lah serius sangat menyimpan.
Paling serius saya tahu keuntungan emas ini ketika saya sudah pajak gadai dan jual.
Saya pernah dalam keperluan untuk guna wang. Jadi emas merupakan cara saya untuk dapatkan wang tunai tanpa buat pinjaman.
Hatta, emas yang sama, saya dapat bantu orang yang berada dalam kesusahan.
2 tahun lepas, saya ada jual dalam 5 dinar, dan nilai baru rm1000++ sedinar masa itu.
Tahun ini sahaja sudah naik kepada RM2500 satu dinar.
Ada sedikit rasa penyesalan. Saya tidak berapa bijak. Sebaiknya saya pajak sahaja dan tebus kembali.
Rasa rugi pula. Tidak apa, move on. Saya pujuk diri.
Tahun ini baru saya belajar bahawa apakah tip samada mahu jual atau pajak gadai.
Kalau kita mampu untuk tebus emas dalam 6-bulan ke setahun, sebaiknya kita pajak gadai. Anda harus semak kedai Ar-Rahnu, sebab ada yang offer pembayaran semula dalam 6-18 bulan, baca syarat supaya tidak terlepas emas itu.
Kalau tidak mampu barulah kita jual. Nanti kalau kita pajak dan tidak sempat bayar semula, maka emas kita akan dilelong. Rasa rugi di sini.
Bak kata guru emas, Tuan Guru Mohd Zulkifli
"Bukan emas yang yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu.."
Disebabkan kurang ilmu, saya jual semasa itu berbanding pajak gadai.
Ingat tip tersebut akan mudahkan anda membuat keputusan.
Dan ada yang sudah mahu simpan emas.
Saufi