Cerita Emas

Archives
January 11, 2026

Memilih simpanan bagaikan memilih kawan

Si pemuda mempunyai rakan sekerja yang baik-baik. Itu menurut dirinya.

Pada pagi yang gembira, Siti (bukan nama sebenar) tertinggal kunci kereta. Pagi itu dia dihantar oleh kawan kerana berada di pejabat.

Jadi, dia telah meminta bantuan dengan si Pemuda untuk mengambil kunci kereta di rumahnya. Kiranya Pemuda ini boleh diharap, mesra dan ringan tulang.

Pemuda ini sudi membantu temannya, dia menunggang motorsikal dan pecut terus ke rumah Siti. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih 20 minit, dengan sekuriti lagi di kawasan perumahan. Sampai di situ, teman Siti yang meletakkan kunci di pagar untuk diberikan kepada Si Pemuda.

Siti berterima kasih dengan bantuan Pemuda.

Di lain hari, Siti berbincang dengan teman lain tanpa pengetahuan si Pemuda kerana tidak menyukai hasil kerja si Pemuda. Siti tidak pernah menegur Si Pemuda untuk perbaiki hasil kerja ataupun berikan pendapat atau krtikan jika perlu.

Siti bersama kawan sekerja lain telah mengadu kepada bos BESAR. Dan bos besar menyampaikan kepada si Pemuda.

Dari situ, barulah si Pemuda tahu diri ada kekurangan. Tapi semunya terlambat, kerana tiada peluang kedua atau peluang untuk penambahbaikan.

Si Pemuda di tendang keluar dari jabatan tersebut. Dengan ihsan dan kepercayaan Bos Besar terhadap attitude baik yang ada pada si Pemuda, dia dipindahkan ke jabatan lain.

Si Pemuda bersyukur dengan kebaikan bos Besar. Namun begitu, agak kecewa dengan sikap Siti dan kawan sekerja lain.

Si Pemuda masih melayan Siti dengan baik seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dan Siti tidak pernah ungkit pasal kenapa si pemuda dipindahkan, walaupun dia dan kawan lain yang berpakat untuk menyingkirkan si Pemuda.

Walaupun tindakan si Pemuda berbuat baik kepada manusia, tidak semestinya orang lain ada pertimbangan terhadap kelakuan baik itu. Si Pemuda tidak menharapkan apa-apa, hanyalah perbincangan yang baik jika diri Si Pemuda ada kekurangan, tapi apakan daya jika Siti dan kawan lain tidak ada hajat sebegitu.

Si Pemuda anggap itu suatu pengajaran yang besar dalam hidup.

-

Kisah di atas merupakan adapatasi daripada kisah benar yang berlaku di sekelling kita. Saya percaya ada kawan-kawan yang pernah dan mungkin mempunyai rakan sekerja yang pernah alami kejadian begini.

Terdapat buku-buku motivasi, agama dan teguran orang tua untuk kita mesti bijak memilih kawan. Kerana kawan merupakan pengaruh besar dalam hidup kita.

Di sana saya paparkan ringkasan pendek yang ambil dari buku Memilih Kawan:

Di antara Sunnatullāh, yang diciptakanNya pada manusia, ialah naluri untuk berkawan, dan bersama-sama membangun diri, mencapai impian, dan saling membantu ke arah itu.

Setiap manusia ada naluri untuk berkawan. Bukan sekadar untuk berbual, tetapi untuk menyokong membina masa depan.

Dan dalam urusan membina hidup ini, kita perlukan kawan yang setia.
Kawan yang tidak pernah meninggalkan kita ketika susah, menegur apabila salah, memberi nasihat jika perlu dan menyokong impian kita.
Paling penting, kawan yang tidak mengkhinati kepercayaan.

Di sinilah simpanan emas mengambil peranan sebagai kawan yang setia.

Emas bukan sekadar simpanan.
Ia seperti peti kebal yang menyokong hidup kita.
Ia membantu kita mencapai impian - berniaga, memiliki rumah sendiri dan memandu kereta idaman.

Simpanan emas ini kebal.
Semakin lama disimpan, semakin tinggi nilainya.

Jika mahu kawan yang setia dalam kewangan,
mulakan simpanan emas hari ini.

Saufi Setia Pada Emas

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.