Cerita Emas

Archives
January 5, 2026

Masalah simpanan bukan sebab tidak disiplin

Hari Ahad biasanya waktu paling lapang. Waktu ketika kita mahu gotong royong kemas rumah, pergi bercuti atau santai-santai.

Ahad ini, saya kemas halaman rumah. Kain lap yang sudah dicuci saya bawa ke sudut penyimpanan. Pakaian yang sudah dipungut saya letak di raga dan susun rapi. Dan alatan saya simpan dalam kotak khas.

Asal mengemas, saya berfikir untuk ubah cara simpanan yang lebih sistematik dan kekal lama.

Mengubah cara simpanan yang lebih baik, saya boleh cari barang dengan mudah dan cepat. Tidak keliru dan tertanya-tanya di mana mahu cari.

Kalau simpanan tidak sistematik, menjadi masalah perlu cari satu barang di seluruh rumah. Dan akhirnya, masa Ahad habis begitu sahaja.

Saya sedar, masalahnya bukan sebab tak disiplin. Tapi, tiada bentuk simpanan yang sistematik dan kekal. Kita boleh elak dari mengemas setiap ahad. Jadi waktu ahad boleh gunakan masa terluang untuk perkara yang lebih bermanfaat.

Sebab itu dalam hal kewangan, saya juga pilih simpanan yang sistematik dan kekal. Daripada simpan di bank, lebih baik membuat simpanan emas.

Dan lebih mudah lagi apabila guna simpanan auto-debit, saya cuma set sekali dan duit di tukar kepada emas secara automatik.

Dan paling penting, ia tidak mudah bocor, selamat dan tidak perlu paksa diri untuk disiplin.

Jadi apa lagi jangan tunggu lama, ini cara paling senang untuk anda mula dari sekarang.

Mari mulakan simpanan emas

Saufi Afdol

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.