Cerita Emas

Archives
December 27, 2025

Langsaikan hutang dengan Emas

Baru sebentar saya membaca satu post berkenaan membayar Hutang PTPTN dengan emas.

Kisah ini di kongsikan di Facebook, oleh seorang penggiat emas. Boleh rujuk kisah penuh di sini.

Beliau mula menyimpan 2 gram setiap bulan. Dan dalam 2 tahun berjaya langsaikan hutang PTPTN dengan jayanya. 

Ketika itu harga sekitar  RM 180-RM190 untuk 1 gram, kini harga sudah mencecah RM600.

Walaupun harga naik, tetap strategi berkesan untuk kasi cepat lunaskan hutang PTPTN, rumah, kereta dan lain-lain.

Di samping kita bayar bulanan untuk pinjaman tersebut, kita simpan juga sedikit emas. Supaya boleh pajak atau jual emas di kemudian hari. 

Semasa itu harga sudah tentu makin mahal, dan kita pun dapat convert ke harga lebih mahal. Di situ, kita dapat nilai emas lebih. 

Bolehlah ketika itu kita bayar lebih untuk pinjaman mana-mana. Dan kalau bole kita target untuk langsaikan terus. Kasi hilang dalam catatan hutang. 

Ada satu perkongsian video cara pengiraan simpanan emas untuk langsaikan hutang. Anda boleh rujuk di sini.

Ringkasnya :

===
Contoh Pengiraan Simpanan Emas

  • RM480 dibahagi 3 (harga sekitar RM150/g emas 999) = anda perlu simpan sekitar 1.2 gram emas setiap bulan.

  • Secara konsisten simpan emas dalam akaun GAP (Gold Accumulation Program) selama 48 bulan.

  • Dalam 4 tahun, anda akan ada lebih kurang 57g emas dengan nilai sekitar RM23,000 sekarang.

  • Dengan purata kenaikan harga emas 8-10% setahun, nilai emas anda mungkin meningkat menjadi RM31,000 di tahun ke-5!

Keuntungan Simpan Emas

  • Langsai hutang PTPTN RM23,000  

  • Harta pelaburan tambahan yang meningkat nilai  

  • Peluang untuk terus kumpul aset emas selepas hutang  Kepada anda yang berhajat nak langsaikan hutang dengan cepat.

===

Kepada anda yang berhajat nak langsaikan hutang dengan cepat.

Saya rekomenkan boleh ikut cara simpanan ini. 

Sebelum simpan, mesti daftar dulu. 

Klik sini untuk daftar

Saufi Afdol

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.