Cerita Emas

Archives
December 17, 2025

Kepada yang mahu kahwin

Kepada sesiapa yang berazam mahu kahwin.

Mari saya kongsikan. Kenapa perlu kita simpan emas sebagai dana kahwin?

  1. Supaya konsisten untuk menabung.

  2. Elak daripada duit bocor tanpa sedar. Jika simpan di bank, lagi mudah kita belanja duit berbanding simpan guna emas

  3. Nilai emas sentiasa meningkat. Jadi tidak perlu tunggu ada calon baru mahu simpan, kita boleh mula sekarang. Setiap tahun, nilai emas akan terus naik. Selang 2-3 tahun, kita akan sangat-sangat syukur dapat wang lebihan untuk kahwin.

  4. Lebih tekad dan displin untuk menabung. Simpan emas, kita lagi tekad untuk tidak mahu pajak gadai simpanan yang ada. Jika guna wang, boleh jadi sewenang-wenangnya guna tanpa disiplin yang kuat.

  5. Emas mudah dicairkan. Pergi sahaja mana-mana pajak gadai anda boleh jual atau pajak. Kalau pajak, anda boleh tebus balik. Dapat duit dan dapat tebus balik, itu yang paling untung. Kita boleh guna semula emas untuk keperluan yang lain.

  6. Elak daripada membuat pinjaman. Jadi tidak usah kita pergi buat pinjaman peribadi yang besar-besar untuk kahwin, nanti mahu bayar hutang lagi. Tau-tau jadi beban. Jangan begitu. Kita cuba elak.

Apa tunggu lagi.

Jangan tunggu sedia, sedia itu tidak akan datang muncul secara tiba-tiba.

Kita persiapakan diri kita dan kewangan kita.

Mari daftar dan simpan.

Klik Sini

Saufi

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.