Kenapa simpanan perlukan paksaan?
Beberapa minggu lepas, seorang kawan kongsikan cara dia buat simpanan.
Caranya simple saja.
Dia set auto-debit untuk simpanan ASB.
Sebab apa dia buat begitu, sebab dia mahu displinkan diri buat simpanan. Dia tahu kalau tidak SET begitu, lama-lama duit akan dibelanja juga akhirnya.
Dan sebenarnya, tak kisah simpanan di mana pun, yang penting disiplinkan diri.
Walaupun sedikit tetap konsisten menyimpan.
Di sinilah ramai orang yang silap langkah.
Ramai menyimpan dengan cara yang tidak kukuh. Belanja dahulu, simpan kemudian.
Sedangkan cara yang patut kita ikut ialah,
Simpan dulu, belanja kemudian.
Bila sudah ada plan bajet bulanan, kita boleh rancang berapa mahu simpan. Tetapkan simpanan dahulu, barulah kita boleh belanja dengan senang hati.
Tips bajet yang mudah ialah 60% keperluan, 30& kemahuan, dan 10% simpanan.
Kemudian, buat auto-debit di akaun bank.
Dan simpanan melaui akaun GAP bantu buat pekara ini secara automatik.
Tak perlu setiap bulan mahu ingat untuk transfer duit.
Cuma set SEKALI sahaja, dan sistem akan buat auto-simpanan untuk kita.
Kalau anda rasa sudah tiba masa untuk simpan cara yang lebih mudah dan praktikal,
👉 Ini cara paling senang untuk bina tabiat menyimpan.
Saufi Afdol