Keinginan Tidak Pernah Cukup
Dulu masa Covid, kerajaan ada benarkan kita untuk keluarkan duit simpanan yang berada di KWSP.
Ini disebabkan, ramai orang yang terkesan dengan perintah berkurung. Jadi dengan kemudahan keluaran duit kwsp, maka mudahlah orang nak belanja.
Semasa itu saya sendiri ada peluang untuk keluarkan wang.
Ada juga bantu keluarga, ada beli barang dan entah ke mana pergi. Apabila ada duit di tangan, maka ada sahaja keinginan yang muncul. Mahu beli itu dan beli ini. Seperti tiada kawalan.
Nampaknya, apabila ada wang yang banyak, cita-cita kita juga banyak. Jadi sampai bilapun kehendak kita pun tidak pernah puas, dan tidak pernah cukup.
Dan sejujurnya setelah dapat ilmu emas, macam sayang sekali saya tidak guna duit itu untuk beli emas. Namun, itu semua sudah berlalu, dan saya jadikan ia pengajaran dan jadi lebih bijak untuk mengawal duit.
Sebaiknya, sebelum kita kehabisan wang, lebih baik kita tukar duit itu kepada emas. Apabila masuk gaji, awal-awal asingkan 10% untuk buat simpanan emas. Dan lebih baik buat auto-debit, lagi mudah proses menyimpan.
Kita mahu kawal duit kita dari belanja yang tidak pernah puas. Kawal awal-awal supaya kita sudah dapat bina peti kebal.
Dan boleh jadi, kita kawal duit untuk beli keinginan yang lebih besar dari sekarang. Beli kereta, beli rumah, beli tanah dan keinginan untuk pendikan anak-anak dan segala apa yang anda hajati.
Mari amalkan simpan emas.
Saufi Afdol