Kehidupan terikat dengan hutang
Sedang ku menjenguk Facebook, terbaca satu post berkenaan
“Debt Slaves”
Dari situ, membawa saya berfikir kita semua hidup dalam ekonomi yang menghendaki kita untuk berhutang. Kitaran kita tidak terlepas untuk meminjam dari bank.
Ketika melanjutkan pelajaran, ada pinjamam disediakan untuk kita belajar di institut swatsta mahupun kerajaan.
Dan ketika bekerja, kita ada keperluan untuk pergi kerja untuk sara hidup. Kita perlu kenderaan untuk ulang alik kerja. Dan kita mesti terus bekerja sebab mahu bayar hutang kereta. Jadi kitaran hidup kita tidak terlepas dengan hutang.
Saya tidaklah menolak dengan hutang. Kadang ada orang yang membuatkan hutang itu untuk jadikan dia lebih berusaha. Lebih mencari duit dan sebagainya. Bagiku, semua orang ada cara masing-masing untuk menentukan hidup mereka.
Sejujurnya, alangkah bestnya apabila terlepas dengan segala hutang. Rasa nyaman apabila tidak terikat dengan hutang. Membuatkan hati tidak sesak dan hati sentiasa tenang. Secara peribadi itu yang saya kehendaki.
Oleh itu, sebaik saya belajar menyimpan emas, saya berazam untuk lepaskan diri daripada hutang dengan lebih cepat. Apabila sudah kumpul emas dalam suatu tempoh, kita akan dapat kenaikan nilai emas, dan dari situ kita dapat jual dengan lebih mahal. Dan kemudian barulah dapat bayar pinjaman dengan jumlah lebih banyak.
Sebagai penyimpan emas, mereka menggunakan cara ini untuk langsaikan PTPTN, langksaikan pinjaman kereta dan langsaikan hutang peribadi.
Jadi, menjelang masuk tahun baru ini, marilah sama-sama usahakan untuk membuat simpanan emas. Usahakan supaya dapat kasi kosong hutang.
Kita mula simpan dengan serendah rm100, dan secara konsisten kita naikkan simpanan emas ke rm200, dan kalau mampu kita gandakan lagi dan lagi.
Sedikit demi sedikit, lama-lama emas membukit.
Saufi Afdol
p/s: Kalau anda perlu bantuan, boleh reply emel ini. Saya cuba bantu sebaiknya.