Kan bagus jika tahu lebih awal
Itu perkara yang selalu kita harapkan. Tapi hakikatnya kita sendiri yang tidak ambil peduli.
Saya ingat 2 tahun lepas, saya pernah gadai 3 dinar emas tapi saya tidak sempat tebus. Dan lebih tepat, saya tiada rancangan untuk tebus. Saya tidak buat plan awal-awal cara untuk tebus. Walaupun ada kerja tetap, saya tidak peduli. Saya ambil perasan tidak berapa kisah.
Namun sikap ini saya tidak boleh pakai. Saya harus peduli.
Apa yang terjadi ialah saya biarkan dinar tersebut dilelong. Pada hari terakhir untuk tebus iaitu 6 bulan kemudian, saya mahu bayar upah saja. Tapi tidak berjaya sebab staff kedai ar-Rahnu itu tidak memberi respon kepada mesej di whastapp. Semasa saya hubungi pihak ar-Rahnu sudah terlewat Dan saya hanya boleh tebus ketika dilelong pada esok hari.
Ini jadi pengajaran kepada diriku. Saya tidak patut biarkan ia pergi begitu saja.
Dan paling penting sebenarnya ialah Ilmu emas- Sama ada mahu jual atau pajak. Apakah tips Dan nasihat penyimpan emas lain untuk buat keputusan yang betul.
Itu yang patut dipelajari. Agar anda tidak membuat kesilapan seperti saya. Biarkan dinar itu dilelong.
Dan kini akhirnya 1 dinar sudah capai rm2,700. Pada mulanya saya beli hanya sekitar rm1200 sahaja pada tahun 2020. Kini sudah lebih 2 kali Ganda harga bagi 1 dinar.
Saya yang merasa rugi sebab tidak menimba ilmu emas.
Jadi, untuk masa akan datang, jika saya perlu duit, saya tahu sudah apa yang perlu dibuat pada simpanan dinar Kali ini. Samaada mahu tebus atau jual. Dan ar-Rahnu manakah yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik - mudah untuk membayar nilai tebus.
Anda boleh rujuk Dan Tanya saya bila anda berada di situasi yang sama.
Dan bagi anda yang belum mula simpan emas,
Daftar Sini, Percuma!
Saufi "Belajar dari Kesilapan" Afdol
Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas: