Cara mudah menyimpan emas
Mula-mula saya tengok harga emas ini, saya boleh beli sebab saya mampu. Dan masa itu tidaklah banyak komitmen.
Sekarang harga 1 gram makin mahal, macam makin sukar kita simpan 1 gram setiap bulan. Kadang harga naik, kadang harga jadi murah. Memang berbaloi apabila kita beli semasa murah.
Kerana sudah tentu harganya akan naik masa akan datang. Namun, kalau harga mahal sekarang pun tetap nilai emas akan naik.
Saya sudah tahu emas ini confirm bagus. Dan saya taklah rajin sangat tengkok harga emas hari-hari.
Dan sebenarnya terdapat penyimpan emas yang kongsikan kita jangan fokus kepada harga. Jadi cara kita berfikir untuk menyimpan emas menjadi mudah.
Kita hanya fokus untuk simpan secara konsisten setiap bulan, ini sudah memadai. Kenapa tidak beli ketika murah? Iya kalau ada duit, boleh beli.
Point utama ialah kita mahu tenangkan fikiran dan mudahkan simpanan kita. Bahawa sudah tentu harga emas akan naik tiap tahun. Jadi kita simpan untuk jangaka masa panjang.
Dan tak payah tunggu ada duit banyak, baru mahu beli. Kita boleh mula dengan rm100.
Saufi Afdol