Cerita Emas

Archives
December 3, 2025

Biarlah Sikit Yang Penting Konsisten

Bulan lepas, saya pergi ke Pesta Buku di Sabah International Convention Centre (SICC).

Ini merupakan Pesta Buku Terbesar di Kota Kinabalu.

Sudah lama saya tidak ke pesta buku, kali terakhir ialah ketika berada di Selangor.

Sepetang itu, saya sudah terokai seluruh dewan dan membeli 11 buah buku. Terdiri daripada pelbagai bidang.

Buku Cerpen, Novel, Biografi Tokoh, dan buku agama.

Saya melihat ramai orang yang datang. Rasa teruja pula dengan suasana di situ.

Dengan membaca buku, kita makin berpengetahuan. Buku mengajak kita berfikir. Buku membawa kita ke alam fantasi. Buku memandaikan masyarakat. Buku membentuk corak pemikiran kita. Dengan membaca, dari tidak tahu kepada tahu.

Membaca ini merupakan tabiat yang pandai muncul, pandai tenggelam. Begitulah sikapku dalam pembacaan. Saya usahakan membaca hari-hari walaupun beberapa helai muka surat.

Saya ingatlah ketika kecil di Sekolah Rendah, terdapat Buku Nilam. Pelajar dikehendaki menulis sinopsis buku yang telah dibaca. Dan siapa yang paling banyak baca dapat Anugerah Nilam.

Betapa nostalgia juga.

Jika kau mahu baca buku tentang Emas, boleh beli Buku berjudul Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas Dibongkarkan.

Dapatkan Di Sini

Baca dan hadam, kalau berminat boleh daftar di sini.

DAFTAR SIMPAN EMAS

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.