Cerita Emas

Archives
January 19, 2026

Ayat ini bunyi normal, tapi sebenarnya red flag

"Saya simpan bila ada lebihan."

Ayat ini bunyi normal.
Tapi bagi saya, ini red flag yang besar.
Ini signal excuse yang makan diri.

Sebab kita biasa hidup dengan bagi excuse.
Malar bagi alasan.
Walaupun, kita tahu apa yang baik.
Tapi kita sendiri tidak praktikkan yang terbaik.

Setiap bulan ada niat mahu simpan duit.
Kononnya mahu tunggu ada lebihan.
Tapi lebihan itu tidak pernah muncul. Ada saja mahu dibeli.
Duit tu macam ada kaki, pandai lari ke mana-mana.

Sebab itu baik ikut cakap penyimpan tegar:
Simpan dulu, belanja kemudian.

Tak kira simpan di mana, yang penting kita disiplinkan diri menyimpan.
Bina tabiat menyimpan. Fikir untuk diri kita dan keluarga kita.
Fikir untuk kecemasan dan fikir untuk kebaikan jangka masa panjang.

Fikir-fikirkanlah.

Terutamanya bagi anda yang mahu meyimpan emas.

Boleh Daftar Di SINI

Saufi Afdol

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.