Cerita Emas

Archives
January 20, 2026

Asyik nak untung cepat, akhirnya rugi

Ada tanda 🚩 red flag besar bagi saya apabila baca gula-gula manis macam ini:

"Confirm untung, tak pernah rugi"
"RM1,000 boleh jadi RM10,000 dalam 30 hari"
"Capai 5 angka sebulan dalam 6 bulan"
"Buat duit sambil tidur"

Macam sedap sahaja kalau layan ayat begini.
Ia memancing kita dengan impian-impian.
Inilah stail "Skim Cepat Kaya".
Kita labur duit sebab mahu untung cepat, tapi sebenarnya duit kena songlap, di sini kita jadi rugi.

Bagi yang mula-mula kenal bisnes atau janji-janji begini, paling mudah terpesona. Tiada siapa yang tak nak jadi kaya dengan cepat kan.

Tapi, berdasarkan pengalaman saya, semua ayat tersebut hanyalah ayat penyedap sahaja.

Hakikatnya, tiada kaya dengan cepat, kita sendiri kena usaha (sudah tentulah).
Apa-apapun yang kita hajati dan ingin capai, perlu ada usaha gigih.

Hatta, menyimpan emas ini bukan untuk jadi cepat kaya.
Tapi ia boleh bagi keuntungan yang besar setiap tahun.

Ini salah satu cara bagi rakyat marhean macam saya untuk dapat untung.
Dapat untung dari segi simpanan.

Menyimpan emas bukan untuk cepat untung.
Tapi untuk bina peti harta yang TAHAN LASAK.

Dan ia sesuai untuk yang simpan lama dan tenang.
Simpan dan peram sahaja.

Kalau anda jenis yang tidak percaya dengan janji manis dan mahu simpan duit di tempat kukuh,

👉 Menyimpan emas adalah jawapannya.


Saufi Afdol

Don't miss what's next. Subscribe to Cerita Emas:
Powered by Buttondown, the easiest way to start and grow your newsletter.